Wednesday, 22 September 2010

kerja kursus CTU 101

ISI KANDUNGAN
TAJUK TUGASAN:
 PERANAN PENDIDIKAN DAN KEGIATAN DI KARIAH ANDA
NAMA:
             MUHD HAFIZ AMIRUDDIN BIN AHMAD PAUZI
NO.PELAJAR:
2010693642
KUMPULAN:
 ECD1Ce
PROGRAM:
DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
KOD PROGRAM:
EC110
BAHAGIAN: 1 


PENGERTIAN INSTITUSI AGAMA
Institusi agama atau masjid, adalah medium untuk mensucikan diri, tempat tarbiyah terbaik, latihan jiwa, untuk tujuan zikir bagi mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Di zaman Rasullullah s.a.w, masjid bukan sekadar tempat para sahabat berkumpul berjemaah. Masjid adalah pusat pentadbiran, pusat sosialisasi masyarakat, pusat kegiatan ekonomi, muamalat, pusat kaunseling, tempat terbaik untuk memupuk ukhwah dan semangat ummah bagi melahirkan esprit de corps. Masjid pada zaman awal era Islam hanyalah berbumbungkan pelepah tamar, dibina pada kadar yang paling asas, tetapi pengisiannya hebat.

Dari Anas bin Malik r.a., bahawasanya Rasullullah s.a.w bersabda, "Tidak berlaku hari kiamat, sehingga umat ku bermegah-megah dengan binaan masjid"(Hadis Riwayat Abu Daud).

Masjid adalah rumah Allah s.w.t. Mengimarahkan masjid, adalah ibadah. Di masjid dengan amalan sembahyang berjemaah, darjat pahalanya diangkat 27 kali ganda berbanding solat secara individu.

PERANAN MASJID
Menyatukan Umat Islam
Peranan utama imam dan pentadbir Muhammadi bertumpu kepada upaya memperkukuh dan menyatu-padukan umat Islam, sama ada di kalangan para jemaah mahupun di kalangan pentadbir dan jemaah masjid secara keseluruhan. Ini bererti imam masjid terbabit terpaksa bersikap terbuka dalam menangani pertentangan atau perbezaan pendapat di kalangan jemaah dan orang ramai.

Menghidupkan Semangat Mesyuarat

Masjid adalah tempat untuk bermesyuarat, bukan sahaja di
antara para pentadbir dengan jawatankuasa dan para pentadbir dengan jemaah, namun juga di antara sesama jemaah. Imam masjid dan pentadbir bermesyuarat untuk mendapatkan penyelesaian dalam menghadapi sesuatu masalah atau pertikaian yang timbul. Apa jua perancangan atau projek baru yang bertujuan untuk meninggikan syiar Islam dan menghidupkan semangat keislaman dibincangkan bersama.

Memperkukuh Aqidah Umat

Dalam kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran
dan tentangan, umat Islam amat perlu memperkuat aqidah
supaya tidak mudah terpengaruh dan terjerumus ke dalam
unsur-unsur negatif. Benteng aqidah ini menjadi lebih
penting lagi kerana dewasa ini tersebar ajaran-ajaran serta
pemahaman aqidah yang menyesatkan. Di dalam hal ini,
masjid Muhammadi memainkan peranan yang penting dalam
menguatkan aqidah jemaahnya. Antara program ynag diadakan adalah ceramah agama yang berkaitan dengan akidah islam dan keesaan Allah.

Institusi Keislaman, Pelajaran, Kemasyarakatan dan
Kebajikan

Masjid ini juga menjadi pusat rujukan dalam masalah-masalah
kehidupan masyarakat Islam sehingga mampu
menyediakan jawapan yang munasabah dan Islamik bagi
setiap pertanyaan dan juga menjadi pusat kaunseling bagi
menyelesaikan berbagai masalah yang dihadapi oleh
masyarakat Islam tempatan.
Masjid juga menjadi institusi ilmu untuk kecemerlangan
masyarakat Islam. Budaya ilmu ini diperluaskan dengan
mengadakan kelas-kelas keagamaan dan juga kelas-kelas
ilmiah yang lain seperti pelajaran komputer, sains,
matematik dan lain-lain pelajaran dari peringkat kanak-kanak
hingga ke peringkat dewasa. Selain daripada itu,
usaha seperti ceramah, forum dan dialog umum merupakan
antara alternatif yang diadakan setiap malam bertujuan mengharmoni dan menyatupadukan masyarakat Islam setempat.

Masjid juga menjadi pusat bantuan kepada
mereka yang memerlukan sokongan moral dan material
bagi meringankan beban kewangan atau masalah gejala
sosial yang dihadapi oleh masyarakat Islam pada masa
kini.

Mempererat Kerjasama Antara Umat

Dalam rangka membentuk perpaduan jemaah ini, masjid
memanfaat dan menggabungkan potensi jemaah
dengan sebaik mungkin untuk menyebar dan menegakkan
agama Allah yang suci, sebagaimana yang dilakukan oleh
Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Masjid sebagai tempat ibadat melahirkan gambaran perdamaian
dan keagungan Islam sebagai agama yang toleran terhadap
sesama penganut agama.

Manakala dalam bulan Ramadhan pula masyarakat yang bukan
Islam diberi peluang untuk turut sama berbuka puasa
agar mereka dapat merasakan suasana meriah ketika berbuka
dalam bulan yang mulia di samping dapat mengetahui akan
hikmat dan fadilat puasa.

Institusi Masjid Dalam Membentuk Masyarakat Cemerlang

Selain sebagai tempat sujud kepada Allah Subhanahu wa
Ta‘ala, masjid dengan segala kegiatan dan aktivitinya
mencerminkan darjat hubungan antara manusia dengan Allah
Subhanahu wa Ta‘ala dan hubungan antara manusia dengan
manusia. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Tempat yang paling dikasihi Allah di sesuatu negeri ialah
masjid-masjidNya.”
Wajah masjid, pada umumnya, bergantung kepada peranan
yang dimainkan oleh pentadbirnya. Sumbangan yang aktif dan
kreatif daripada pentadbir serta sokongan padu daripada
masyarkat sekeliling masjid dengan aktiviti yang dijalankan
akan memakmurkan masjid tersebut. Dapat dikatakan bahawa
fungsi dan penampilan masjid merupakan satu pengukur yang
dapat menzahirkan imej masyarakat di sekelilingnya.



Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Masyarakat

Yang paling utama sekali dari perspektif ini ialah masjid perlu melambangkan perpaduan ummah bagi semua peringkat. Peranan ini telah dimainkan dengan jayanya oleh masjid al-haram apabila Kaabah menjadi kiblat sembahyang bagi semua orang Islam dan ia sendiri mendai pusat tumpuan dalam ibadat haji.

Untuk itu masjid sentiasa  terbuka kepada semua umat Islam, tak kira bangsa atau kaum. Berasaskan kepada dasar ini tidak berbangkit soal masjid Melayu, masjid India atau masjid Cina yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak sekarang. Hakikatnya, masjid itu untuk semua orang Islam tak kira siapa.

Satu keperluan lain di bawah dasar ini ialah masjid ini bebas daripada apa saja sifat dan aktiviti yang memecahkan perpaduan ummah. Antara contohnya ialah tidak ada unsur monopoli dalam pentadbiran atau usaha mengimarahkannya . Satu contoh lain ialah ia bebas daripada politik kepartian. Begitu juga ia mempunyai prestasi keagamaan yang tinggi supaya dihormati oleh semua orang Islam tak kira siapa.

Satu keperluan lain bagi mendokong peranan ini ialah masjid ini mengambil daya usaha dalam proses pembinaan sosial kearah mencapai keredaan Allah. Berasaskan kepada keperluan ini lahir istilah memasyarakatkan masjid. Malah ada orang menyebut memasjidkan masyarakat. Apa pun juga istilah yang digunakan, tujuannya ialah supaya masjid ini berjaya memainkan peranannya sebagai ejen Pembina masyarakat di samping ejen-ejen lain, seperti keluarga, sekolah, media massa dan sebagai nya.

Peranan khutbah boleh dijadikan sebagai contoh bagaimana masjid tersebut meletakkan dirinya pada kedudukan yang berjaya dalam proses sosialasi berkenaan. Sepertimana disebut di atas tadi, peranan sebenar khutbah ialah menjadi media bagi kegunaan para pemimpin (Imam) menyampaikan arahan atau permasalahan semasa kepada komuniti masjid berkenaan. Sehubungan dengan ini pujian perlu diberi kepada beberapa contoh baru para pemimpin kerajaan dan masyarakat serta juga para professional yang berusaha melayakkan diri debagai khatib jemputan dalam tajuk-tajuk yang benar-benar berkaitan dengan kepakaran mereka.

Satu contoh lain bagi pelaksanaan peranan masjid dalam proses sosialisasi masyarakat ini ialah usaha menyediakan kemudahan pelajaran, sukan , rekriasi dan sebagai nya kepada generasi muda sebagai satu program serampang dua mata; bagi faedah anak-anak muda itu sendiri supaya lebih maju dan bagi faedah masjid juga supaya lebih kepada menjadi pusat aktiviti.

Malah dalam keadaan yang tertentu masjid perlu berperanan menjadi pusat perlindungan bagi sesetengah kalangan yang sangat memerlukan. Bagi tujuan ini masjid ini mempunyai asas kewangan yang kukuh.


 
Kesimpulan

Organisasi belia masjid tumbuh pesat
dan dengan semangat baru mereka aktif melaksanakan pelbagai
kegiatan. Hal ini patut mendapat sokongan daripada para
pentadbir masjid yang lain. Antara yang tua dan muda perlu
membina dan menjalin komunikasi untuk menghasilkan
gabungan yang padu dan berkesan. Kefahaman dan penerimaan
sesetengah belia Islam terhadap institusi masjid agak terbatas.
Bagi mereka fungsi masjid hanyalah sebagai tempat ibadat
semata-mata. Semua urusan ibadat perlu disempurnakan
di masjid sedangkan perancangan dan kegiatan hidup yang lain
dianggap tidak layak diselesaikan di tempat mulia itu.
Kecenderungan pemikiran demikian mempunyai implikasi
bukan sahaja terhadap masjid sebagai sebuah institusi unggul
dalam Islam, bahkan terhadap masa hadapan serta maju
mundurnya ummah. Budaya yang menganggap masjid hanya
sebagai tempat menunaikan sembahyang perlu dikikis dengan
segera dan para remaja serta masyarakat perlu disegarkan
kembali dengan semangat baru bagi mencari erti sebenar
pembinaan sebuah masjid. Usaha-usaha juga perlu dijalankan
bagi menarik masyarakat Islam, terutama para remaja untuk
mengunjungi masjid. Kita boleh bertukar pandangan dan idea agar
peranan masjid yang lebih efektif, relevan dan bernas dapat dimainkan
demi kesyum├╗lan Islam dan kemajuan umatnya.

No comments:

Post a Comment